Ipoh: Lebih
sejuta individu bujang yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0
didapati masih belum mendaftar.
Serentak itu,
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, menggesa mereka yang
belum mendaftar termasuk ketua isi rumah yang tercicir daripada senarai
penerima BR1M lalu, supaya segera mengemukakan permohonan sebelum 31 Disember
ini.
“Kerajaan akan
mula membuat pembayaran pada suku pertama tahun depan untuk mereka yang
mendaftar sebelum akhir tahun ini.
“Justeru, kita
menasihati mereka supaya mendaftar segera kerana jika lewat, mereka akan lewat
menerima pembayaran,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program
Jelajah Dagang Karnival Usahawan SME Bank di sini, semalam.
Husni berkata,
sehingga kini seramai 1.6 juta individu bujang yang layak menerima BR1M sudah
mendaftar untuk program berkenaan daripada 2.7 juta individu bujang yang
dikenal pasti layak.
Pada masa sama,
katanya, seramai 720,179 ketua isi rumah yang layak tetapi tercicir pada
program BR1M 1.0 lalu sudah mengemukakan permohonan.
Beliau berkata,
daripada bilangan itu, sebanyak 1.3 juta individu atau 54 peratus membuat
permohonan secara manual, manakala 1.1 juta pendaftaran atau 46 peratus
dilakukan secara atas talian.
0 comments:
Post a Comment