SHAH ALAM – DAP
menggesa Kerajaan Persekutuan yang diketuai Barisan Nasional (BN) membenarkan
perkataan ALLAH digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu seperti yang
dibenarkan di Sabah dan Sarawak.
Setiausaha
Agungnya, Lim Guan Eng berkata, gesaan ini dibuat kerana kerajaan sering
melaungkan bahawa mereka mesra rakyat yang membawa keamanan, kemakmuran
berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi serta integriti.
Beliau berkata
demikian dalam satu kenyataan media sempena sambutan Hari Krismas hari ini yang
disambut oleh penganut agama Kristian seluruh dunia.
“Selain
membenarkan perkataan ALLAH seperti yang digunakan di Sabah dan Sarawak sejak
50 tahun lalu dan ribuan tahun di negara Timur Tengah, BN juga harus
menghentikan taktik menakutkan pengundi Melayu dengan mendakwa negara Kristian
akan tertubuh di negara ini.
“Penganut
Kristian tidak pernah mahu menubuhkan sebuah negara Kristian di negara ini,
malah penganut ini taat kepada Perlembagaan Negara dengan mengiktiraf Islam
sebagai agama Malaysia,” katanya.
Akhbar mingguan
Katolik, The Herald pada tahun 2009 berdepan masalah apabila Kementerian Dalam
Negeri (KDN) melarang edisi Bahasa Malaysianya menggunakan perkataan ‘ALLAH’
untuk merujuk kepada Tuhan dalam agama Kristian.
Bagaimanapun,
dalam penghakimannya pada bulan Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
memutuskan bahawa larangan menyeluruh KDN berhubung penggunaan perkataan
‘ALLAH’ adalah salah di sisi undang-undang.
Penghakiman
tersebut yang mencetuskan siri serangan membakar beberapa gereja di seluruh
negara pada bulan berikutnya dan kemudiannya digantung sementara menunggu
rayuan kerajaan BN yang berhujah bahawa perkataan ‘ALLAH’ adalah eksklusif
kepada umat Islam.
0 comments:
Post a Comment