Unifi Biz Tawar Kelajuan Akses Data Tertinggi Di Negara Ini
Kuala Lumpur: Telekom Malaysia Bhd
(TM) memperkenalkan dua pakej UniFi BIZ baru dengan kelajuan akses data
tertinggi di negara ini, iaitu BIZ50 (50Mbps) dan BIZ30 (30Mbps), khusus untuk
pengusaha perniagaan tempatan.
Serentak dengan pelancaran itu, TM
turut melancarkan perkhidmatan tambahan Televisyen Protokol Internet (IPTV)
kepada pelanggan pakej UniFi BIZ sedia adanya.
“PKS kini dapat memaksimumkan perkhidmatan menerusi rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi dan meraih peluang meningkatkan jualan serta akses memasarkan produk,” Azizi A Hadi, Naib Presiden Eksekutif SME TM.
Naib Presiden Eksekutif SME TM,
Azizi A Hadi, berkata penambahbaikan dan pengenalan baru dalam pakej UniFi BIZ
itu akan melengkapkan perkhidmatan yang ditawarkan TM untuk segmen itu meliputi
suara, internet dan IPTV berbanding kini hanya suara dan internet.
Fokus Pelanggan Sedia Ada
Katanya, ia difokuskan kepada
pelanggan sedia adanya dengan sasaran 10 peratus daripada pelanggan UniFi BIZ
akan menaik taraf pakej mereka dengan melanggan IPTV dalam tempoh setahun.
“Pengusaha perusahaan kecil dan
sederhana (PKS) tempatan kini bukan saja boleh menikmati kapasiti data tanpa
had dan kadar panggilan terendah, tetapi juga dapat meningkatkan kualiti
perkhidmatan mereka menerusi penyediaan IPTV di ruangan menunggu atau kedai
makan.
“Ini perkembangan baru dalam dunia
perniagaan. PKS kini dapat memaksimumkan perkhidmatan menerusi rangkaian jalur
lebar berkelajuan tinggi dan meraih peluang meningkatkan jualan serta akses
memasarkan produk,” katanya kepada media selepas pelancaran perkhidmatan itu di
Kuala Lumpur, semalam.
Dua pakej baru UniFi BIZ50 (50Mbps)
ditawarkan pada harga RM899 sebulan manakala dan BIZ30 (30Mbps) pula pada RM599
sebulan.
Ketika ini, perkhidmatan IPTV yang
ditawarkan TM meliputi 51 saluran, tiga saluran tambahan sukan, 11 saluran
interaktif dan 18 saluran berdefinisi tinggi (HD).
Sementara itu, Azizi berkata, TM
yakin jumlah pelanggan PKS yang menggunakan produk syarikat itu akan meningkat
melebihi 500,000 menjelang akhir tahun ini.
Katanya, ketika ini jumlah
pelanggan PKS TM mencecah 498,000 dengan 72,000 daripadanya adalah pelanggan
UniFi BIZ.
Capai Sasaran
“Setakat ini, kami sudah pun
mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini, prestasi selebihnya akan
diumumkan tidak lama lagi.
“Sumbangan produk PKS kepada
pendapatan kumpulan adalah sekitar 20 peratus setiap tahun dan kami harap dapat
mengukuhkannya menerusi langkah memperkenalkan lebih banyak produk yang
memenuhi permintaan dan keperluan PKS,” katanya.
- BHarian
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment