KUALA LUMPUR: Seorang remaja
perempuan berusia 19 tahun menempuh detik hitam apabila dirogol bergilir-gilir
sekumpulan lima lelaki digelar sebagai Geng Orang Minyak di rumahnya di Sungai
Kapar, di Klang, dekat sini, kelmarin.
Kumpulan lelaki berusia 30-an itu
yang bersenjatakan pisau dikesan aktif melakukan pecah rumah dan samun, selain
merogol mangsa jika tidak berpuas hati dengan hasil samun.
Dalam kejadian terbaru jam 2 petang
itu, mangsa dilaporkan dirogol selepas penjenayah terbabit gagal menemui
barangan berharga biarpun menggeledah rumah berkenaan lebih 20 minit.
Sumber itu berkata, sebelum
kejadian, mangsa tidur di bilik di rumahnya dan terjaga apabila dikejutkan lima
lelaki tidak dikenalinya.
“Seorang daripada penjenayah
meletakkan pisau di leher mangsa sebelum mengarahkannya menyerahkan barang
berharga,” katanya. - HMetro
:: Malaysia masih aman kata Pak Menter
:: Malaysia masih aman kata Pak Menter
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment