Sunday, September 8, 2013

Jurumekap Kim Kardashian Datang Mekap Pengantin Melayu

Do you want to share?

Do you like this story?



KUALA LUMPUR, 6 SEPTEMBER 2013 | Jurusolek kegemaran Kim Kardashian dan Jennifer Lopez iaitu Mario Dedivanovic telah diterbangkan khas dari Amerika Syarikat ke negara ini bagi menyiapkan penampilan pengantin VIP, Dato' Ida Suraya pada Sabtu ini. Sumber Dato' Ida Suraya memberi tahu portal murai.com.my bahawa jurusolek selebriti berkenaan bakal tiba hari ini dan akan pulang ke Amerika Syarikat pada 8 September ini iaitu sehari selepas berlangsungnya majlis persandingan penuh gah di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

"Kemunculan Mario pada majlis persandingan Dato' Suraya pada Sabtu ini merupakan sesuatu yang sangat-sangat diimpikan oleh bakal pengantin berkenaan yang selama ini telah mengikuti bakat semulajadi jurusolek itu.

"Mario akan menyolekan Dato' Ida dengan sentuhan ajaibnya itu, di mana hasilnya akan dapat dilihat pada majlis persandingan pada malam Sabtu itu nanti," kata sumber berkenaan.

Sumber juga memberi tahu, selain mendapat sentuhan Mario, bakal ratu sehari itu juga bakal menyarungkan persalinan pengantin yang direka khas oleh Donatella Versace, Atelier Versace bernilai RM1.6 juta khusus untuk majlis persandingan berkenaan.

Katanya, Donatella Versace telah mengirimkan sepucuk surat kepada pengantin VIP berkenaan untuk melayangkan ucapan tahniah di atas hari bahagia berkenaan dan meminta maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis itu.

"Beberapa wakil dari Versace dan juga Louis Vuitton yang diterbangkan khas dari luar negara telah berada di sini bagi memastikan segala persiapan perkahwinan ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan," katanya.

Sementara itu, ramai selebriti popular seperti Erra Fazira, Rozita Che Wan, Umie Aida dan Zahida Rafik akan hadir pada majlis persandingan mewah berkenaan yang juga bersempena memperkenalkan label fesyen terbaru, Bianco Mimosa.

Selepas sahaja tamat majlis persandingan, sebuah majlis pertunjukan fesyen yang membabitkan 30 model tinggi lampai akan diadakan bagi memperkenalkan koleksi sulung jenama fesyen yang diasaskan oleh Dato' Ida sendiri.

Bagi menyemarakan lagi majlis persandingan berkenaan, penyanyi popular Anuar Zain, Dayang Nurfaizah dan Amy Search bakal membuat persembahan pada majlis yang dijangka penuh gah lagi glamor.

Continue ►

YOU MIGHT ALSO LIKE

2 comments:

Anonymous said...

x mcm harga 1.6 juta pn bju pengantin wane hijau hajjah dato' ida suraya ni..

Anonymous said...

The Wedding of Dato' Hajjah Ida Suraya & Kapten Johari Jumadi

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.684917198204137.1073741848.144963665532829&type=1

Post a Comment

Advertisements

Squeeze Theme and Squeeze Plugin For WordPress

Advertisements