KEMAMAN | Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 2
September bagi perbicaraan kes seorang penganggur dituduh menghantar komen
jelik terhadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menerusi laman
sosial Facebook, Mei tahun lalu.
Hakim Rofiah Mohamad menetapkan tarikh itu selepas tertuduh
Mohd Zamrudhisyam Mohamad, 32, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu
dan minta dibicarakan.
Tertuduh didakwa memuat naik satu status menghina Sultan
Terengganu menerusi Facebook di Pejabat Penerangan Daerah Kemaman, Jalan Taha
1, Cukai di sini kira-kira 2.30 petang, 20 Mei tahun lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang
membawa hukuman penjara maksimum setahun dan denda RM50,000 dan denda
selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas disabitkan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Ahmad Zakhi Mohd Daud.
0 comments:
Post a Comment