Tuesday, October 8, 2013

TV Series Atlantis 2013

Do you want to share?

Do you like this story?



Sebuah drama fantasi baru saja bermain di kaca tv. Setakat ini sudah dua episod berlalu. Drama Atlantis, ber-genre fantasi, dijangka menjadi pengganti drama popular Merlin. Drama ini disadur dari kisah mitologi Greek. Ada watak Jason (watak lagenda Greek ini dikatakan anak dewa), ada watak Pythagoras, ada watak Hercules (dalam drama ini digambar sebagai lelaki gemuk yang hanya pandai mencari peluang untuk popular). Dalam episod dua Jason (hero drama ini) ditemukan dengan Medusa.


Tahu Medusa? Alah Medusa watak dalam Greek yang berkepala ular, sesiapa memandangnya akan bertukar menjadi batu. Tapi dalam drama ni masih berjasad manusia lagi.


Kisah ini bermula Jason dari zaman sekarang masuk ke dasar laut dengan kapal selamnya untuk mengkaji serpihan bangunan kerajaan Atlantis. Namun beliau terperuk ke dalam black hole dan akhirnya sedar-sedar sudah di zaman dahulu kala. Rasanya drama ini makan tahun jugaklah nak habis macam Merlin dahulu sampai 8 season.

Yang menjadi tumpuan watak heroin. Pelakon dia bernama Aiysha Hart membawa watak Ariadne, anak raja Atlantis. Selain cun, identiti agamanya menjadi persoalan, adakah Islam? Ibunya orang Liverpool akan tetapi ayahnya berketurunan arab dari Saudi. Dan Aiysha Hart pernah menghabiskan masa kecilnya di Saudi.

Aiysha Hart


YOU MIGHT ALSO LIKE

0 comments:

Post a Comment

Advertisements

Squeeze Theme and Squeeze Plugin For WordPress

Advertisements