Sebelum masuk
bab kos servis, saya nak cerita kisah bagaimana saya boleh terjebak Volkswagen (VW) Golf TSi. Kalau tak nak baca kisah
saya, boleh terus ke bahagian kos servis.
Dulu, bila tiba
waktu servis kereta, saya akan rasa terbeban. Sebab dalam tangan nak kena ada
sekitar RM200 – RM300. Setiap 3 bulan sekali pasti kena siapkan kos servis
sebanyak itu untuk satu kereta.
Itu belum
termasuk kos membaik pulih lagi. Biasalah kereta, selepas 5 tahun macam-macam
ragamnya. Tangki bocor lah, bateri kong (2 tahun sekali), air-cond tak sejuk,
spring out, absorber expired, drive shaft berbunyi, dan sebagainya.
Kalau yang jenis
turbo pulak, ekzos bocorlah, plug jam masuk air, bar patah, piston pecah,
gasket leaking, disc-brake bengkok sebab nipis (kuat sangat brek), sportrim
retak, (tayar ngan wiper tak usah cerita lah) dan pelbagai lagi 1,001 jenis
penyakit semua ada.
Kemudian bila
tengok iklan VW Polo RM148,888 di TV,
cukup hebat iklannya, tapi saya tak pernah endahkan. Sebab tak tercapai dek
akal, mana mungkin orang biasa macam saya mampu pakai kelas itu.
Sehinggalah
suatu hari, ex-bos saya beli Polo dengan harga cuma RM113,000. Saya diajak merasa kenderaan yang tak
pernah saya idamkan (sebab terlalu jauh dari kemampuan).
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment