Monday, August 26, 2013

Khairy | Pemuda PAS Jangan Kolot!

Do you want to share?

Do you like this story?


Pemuda PAS diminta jangan terlalu konservatif la bab konsert rock Metalicca. Tuan Khairy kita nak tengok konsert nih, kalau haram habislah tak dapat tengok. Sportinglah sikit Pemuda PAS. Hohoho 



KUALA LUMPUR 26 Ogos | PAS diminta untuk tidak terlalu konservatif dalam menilai sesebuah penganjuran konsert dan perlu bersikap lebih terbuka.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, tindakan PAS menutup mata dalam menilai penganjuran konsert tersebut akan merencatkan pembangunan insaniah sesebuah masyarakat itu sendiri.

"Kita tidak boleh membuat sebarang andaian atau hubungan terus antara konsert atau hidonisme," katanya ketika berucap Sidang Kemuncak Pemimpin Mahasisiwa Malaysia (MSLS) Kuala Lumpur, semalam.

Khairy berkata demikian bagi menjawab soalan yang diajukan kepadanya sama ada konsert artis Korea akan diadakan di Malaysia pada masa akan datang.

Mengulas lebih lanjut, Khairy memberi contoh daripada dirinya sendiri yang menghadiri konsert rock antarabangsa, Metallica di Stadium Merdeka yang dianjurkan minggu lalu.

Jelasnya, konsert tersebut tidak mengamalkan hidonisme melampau sepertimana dakwaan Pemuda PAS yang melakukan protes di hadapan stadium tersebut.

"Saya berada di dalam stadium dan melihat di sekeliling, kebanyakan yang hadir pada konsert tersebut berada di peringkat umur pertengahan seperti saya.

"... Menurut PAS, kumpulan yang menghadiri konsert ini akan melakukan perbuatan yang tidak senonoh selepas persembahan itu tamat.

" Tetapi pada pengamatan saya, mereka yang berumur lewat 30 dan 40-an ini terus pulang ke rumah dan tidak melakukan perbuatan yang didakawa PAS itu," jelasnya.

Kata Khairy, PAS diminta untuk tidak membuat penilaian secara melulu atau mengekang pergerakan sesebuah masyarakat untuk berhibur.

"Kita mahukan sebuah masyarakat yang spiritualnya kuat. Jangan jadi sebuah masyarakat yang terlalu konservatif," ujarnya lagi.

Continue ►

YOU MIGHT ALSO LIKE

0 comments:

Post a Comment

Advertisements

Squeeze Theme and Squeeze Plugin For WordPress

Advertisements