Monday, August 26, 2013

Baik Punya Sindir

Do you want to share?

Do you like this story?


Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 mungkin adalah sebuah kerajaan yang kaya, namun rakyat masih tetap memilih pembangkang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir menegaskan, walaupun Abdullah, yang juga dikenali dengan panggilan Pak Lah mendakwa mampu membuatkan kerajaan menyimpan berbilion ringgit duit kerajaan, rakyat tetap menyerahkan lima negeri kepada pembangkang dan BN hilang majoriti dua pertiga majoriti Parlimen.

“Pak Lah mendakwa kerajaan yang menang melalui Pilihan Raya Umum ke-12 adalah kerajaan yang kaya, namun amat menyedihkan rakyat tidak menghargainya.

“Mereka tolak parti kerajaan, memberikan lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan kepada pembangkang, dan majoriti kecil kepada parti,” kata Tun Mahathir yang berkhidmat selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Cuba bayangkan berapa bilion ringgit akan dapat diselamatkan jika saya bersara lebih awal sebelum membina Lebuh Raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, KLIA, Pelabuhan Barat, Putrajaya, Cyberjaya, dan Menara Berkembar Petronas..,” kata Dr Mahathir secara sinis dalam blognya.

“Kita sekarang sudah tentu akan duduk di atas gunung-ganang dipenuhi Ringgit,” kata Tun Mahathir secara sinis.

Dr Mahathir juga turut menjelaskan, perbelanjaan besar juga terpaksa ditanggung kerajaan apabila Pak Lah membatalkan projek yang dirangkanya apabila terpaksa membayar pampasan kepada kontraktor.

Pak Lah sebelum ini didalam bukunya, Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia, berkata, Malaysia akan jatuh muflis sekiranya beliau mengikut jejak langkah berbelanja secara boros seperti Dr Mahathir.

Namun Pak Lah kemudiannya berkata kenyataan itu adalah tafsiran penulis dan bukannya dirinya sendiri.
Continue ►

YOU MIGHT ALSO LIKE

0 comments:

Post a Comment

Advertisements

Squeeze Theme and Squeeze Plugin For WordPress

Advertisements