Ramai yang kenal
bunga betik, tetapi tahukah anda terdapat 3 jenis bunga pada pokok betik iaitu
bungan jantan, bunga betina dan bunga hermafrodit. Mungkin artikel akan datang
Penulis akan jelaskan lebih lagi mengenai bunga-bunga betik ini. Kebiasaanya,
bunga betik jantan dijadikan ulam kerana bunga betik jantan amat jarang atau
tidak langsung boleh mengeluarkan buah. Bunga betik jantan secara lumrahnya
bertangkai panjang.
Artikel kali
penulis ingin kongsikan khasiat bunga betik kepada kesihatan kita. Bunga betik
dipercayai amat baik untuk mengubati penyakit darah tinggi. Rasanya yang pahit
membuatkan ramai yang tidak menyukainya. Namun, bagi yang sudah biasa, rasa
pahit hanya perkara kecil. Kebiasaanya, bunga betik tersebut dicelur terlebih
dahulu bagi melembutkannya dan mengurangkan sedikit rasa pahitnya. Ada juga
yang merebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula.
Air rebusan tersebut boleh diminum sehari dua kali pada waktu pagi dan malam.
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment