Datuk Azeez
Abdul Rahim, ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dikatakan akan dilantik menjadi
Pengerusi baru Tabung Haji menggantikan Tan Sri Dato’ Sri Abi Musa Asa’ari
Mohamed Nor. Fuih banyaknya gelaran - Tan Sri Dato’ Sri - pakcik kayo!.
Ada pro dan
kontra atas berita perlantikan beliau. Ada yang setuju, komen dari blog
Rockybru:
Mae Kuba said...
Berikan ruang dan peluang kepada
Azeez. Selama ini pun dia sentiasa berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai
pemimpin pelapis dengan cemerlang di Gaza, Mesir, Jordan dan sentiasa menjadi
orang pertama ditempat-tempat malapetaka. Dia umpama seorang Apperantice yang
gigih, berani malah berakal albeit handikapnya dalam akademik.
Syed Mokhtar juga asalnya SPM
dropout, sapertimana Goh Tong, R.Kuok ( takda SPM pun) dan berpuluh lagi yang
amat berjaya tanpa pencapaian akademik yang cemerlang. Setiap insan ditentukan
jalan masing-masing untuk menjadi cemerlang.
Berapa banyak juga lulusan Phd dari
U luar negara yang aku kenal ( Melayu semuanya) masih lagi kehulu kehilir
mengelek proposal paper, memanjat tangga Jabatan2 kerajaan dan bank meminta
projeknya difahami tapi gagal.
Selain kelayakan akademik, perkara
wajib (seolah-olah kunci kejayaan) adalah pangkat Datuk, sehinggakan setiap Mat
koporat tak kira bangsa sanggup menempah pangkat tersebut.
Cuma apa yang aku kesalkan, jika
ada cubaan pembaharuan ingin dilakukan, orang Melayu yang paling kehadapan
mengkritik dan menjadi pessimist. Seolah-olah semua orang Melayu (kecuali diri
mereka) tidak layak dan merbahaya.
Untuk apa kita
Merdeka, jika kita tidak yakin pada bangsa sendiri. Kita masih banyak peluang
untuk buat kesilapan, kerana dengan kesilapan itu akan menuntut kebaikan dan
kemajuan.
Yang tidak
setuju menuduh beliau tak lulus SPM pun. Sijil MBA dia pun beli. Adakah anda
setuju?
0 comments:
Post a Comment