KUALA LUMPUR 2
April | Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee hari ini
menggesa Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan terhadap
Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda PAS, Khairul Fahmi Mat Som berhubung
kenyataannya di laman Twitternya baru-baru ini.
Menurut Syed
Ali, tindakan undang-undang perlu diambil terhadap Kahirul Fahmi kerana
perbuatannya itu dilakukan dalam keadaan sedar dan bermotifkan politik.
"Jika
pengamal ajaran sesat dan mereka yang mengaku dirinya sebagai Nabi boleh
dikenakan tindakan undang-undang terrmasuk dipenjarakan, maka Khairul Fahmi
juga tidak sepatutnya dibiarkan bebas.
"Umat Islam
diseluruh dunia tidak boleh berdiam diri melihat kecelaruan akidah yang
disesatkan oleh sesetengah pihak yang memperalatkan agama untuk kepentingan
politik," katanya.
Khairul Fahmi
dikecam setelah mengeluarkan kenyataan
mengaitkan video seks, Nabi Muhammad SAW dan Umno menerusi laman
Twitternya, Rabu lalu.
Tambah Syed Ali,
kenyataan tersebut yang tersebar secara meluas dilihat berniat jahat dan
mencemarkan kemuliaan dan kedudukan Nabi Muhammad sebagai utusan Allah dan Nabi
serta Rasul akhir zaman.
"Khairul
Fahmi juga seolah-olah sengaja mencari populariti dengan mengeluarkan kenyataan
yang menghina penganut agama Islam di seluruh dunia," katanya.
Justeru beliau
turut mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar mengenakan tindakan
tegas terhadap Khairul Fahmi.
- KLPos
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment