Tuesday, April 2, 2013

JAKIM Gesa Ahli Parti Jaga Adab, Sopan

Do you want to share?

Do you like this story?


Kuala Lumpur | Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) semalam menasihati semua pihak supaya berpolitik dengan penuh adab dan sopan mengikut tuntutan Islam.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha juga meminta semua pihak sentiasa sensitif dengan kenyataan dibuat apatah lagi isu yang boleh dikaitkan dengan agama.

“Saya menasihati semua pihak khususnya (pemimpin) parti politik walaupun tengah ghairah dengan pelbagai emosi, jadilah orang politik yang tahu beradab dan sopan.

Perbuatan secara lisan atau bertulis amat tidak wajar kerana ini boleh dikategorikan semacam menghina, merendahkan dan mengaibkan Baginda” Othman Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM

“Mengaitkan baginda Rasulullah dengan rakaman video seks adalah menyalahi adab seorang Muslim. Perbuatan secara lisan atau bertulis amat tidak wajar kerana ini boleh dikategorikan semacam menghina, merendahkan dan mengaibkan Baginda,” katanya.

Othman mengeluarkan kenyataan itu berikutan tindakan Penolong Setiausaha Satu Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairul Fahmi Mat Som yang menghina Nabi Muhammad SAW, melalui twitter beliau, baru-baru ini.

Kenyataannya disifatkan sebagai menghina Rasulullah dan dikecam banyak pihak.

Kawal Emosi

Mengulas tindakan Khairul Fahmi, Othman berkata dalam urusan politik, semua pihak diminta tidak menimbulkan kontroversi semata-mata kerana mengikut emosi tanpa memikirkan akibatnya.

“Tindakan mengaitkan baginda Nabi Muhammad SAW dengan perkara negatif adalah (perbuatan) tidak bertanggungjawab dan tentulah satu fitnah serta penghinaan yang boleh menimbulkan kegelisahan dan kemarahan.

“Janganlah kerana marahkan orang lain sehingga sanggup mengaitkan Rasulullah dengan terminologi negatif.

Mencerminkan Kejahilan

“Ini penting bagi mengelakkan masyarakat memandang sinis kepada Baginda dan mencerminkan kejahilan seseorang yang mengeluarkan kenyataan sedemikian,” katanya.

Beliau berkata, umat Islam mesti menjauhi penggunaan terminologi seperti itu kerana ia boleh menjejaskan akidah dan membatalkan pahala.

“Semua orang (Islam) mengakui Rasulullah adalah junjungan, qudwah dan ikutan sehingga menjadi contoh kepada sejarawan dan intelektual di segenap lapisan tamadun.

“Sebagai ummah yang mencintai Rasul sepatutnya kita sentiasa menisbahkan selawat, salam dan doa kepada Baginda serta meminta syafaat,” katanya.


YOU MIGHT ALSO LIKE

0 comments:

Post a Comment

Advertisements

Squeeze Theme and Squeeze Plugin For WordPress

Advertisements