MELAKA - Polis percaya kejadian
tembak mati seorang lelaki yang baru selesai menghadiri prosiding perbicaraan
di Ayer Keroh di sini semalam dilakukan pembunuh upahan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah (Operasi dan Risikan) Melaka, Supt P. R. Gunarajan berkata, kejadian
itu telah dirancang rapi oleh penjenayah kerana berlaku di luar pengawasan
kamera litar tertutup (CCTV).
“Kita percaya penjenayah ini telah
mengekori kenderaan mangsa sebaik keluar dari kawasan Mahkamah Ayer Keroh
sehingga ke lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen
Melaka hari ini.
Katanya, polis masih menggiatkan
operasi mengesan penjenayah terbabit dan meminta saksi kejadian tampil membantu
siasatan.
Dalam kejadian kira-kira 10.20 pagi
itu, mangsa, S. Saravanan, 39, yang memandu kereta jenis Honda Accord bersama
seorang rakan berusia 28 tahun ditembak ketika berhenti di lampu isyarat
persimpangan Kawasan Perindustrian Ayer Keroh.
Mangsa dari Butterworth, Pulau
Pinang sebelum itu hadir di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh sebagai Orang Kena Tuduh
dalam satu kes samun pada 2002.
Sementara itu,
Gunarajan berkata, rakan mangsa kini ditahan reman sehingga 11 Februari bagi
membantu siasatan kes tersebut.
Fuyo hebat
Malaysia sekarang. Apa kriteria untuk jadi pembunuh upahan ek?
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment