Kaherah:
“Majoriti mudah rakyat Mesir meluluskan Perlembagaan kontroversi yang disokong
Presiden Mohamed Morsi dan golongan Islam dalam pusingan pertama pungutan
suara,” kata kumpulan Islam dan pembangkang semalam, memetik keputusan tidak
rasmi.
Undian kelmarin
di 10 wilayah termasuk Kaherah dibuat selepas berminggu-minggu bantahan
besar-besaran anjuran gabungan pembangkang yang pada awalnya bertujuan
menyerang pungutan suara itu, sebelum sebaliknya menyuarakan supaya draf itu
ditolak pada saat-saat akhir.
Keputusan tidak
rasmi pusingan pertama berdasarkan kiraan yang diberikan oleh pegawai, tidak
mencapai matlamat yang diharapkan golongan Islam untuk mendiamkan pembangkang dan
memberi ganjaran kepada perjudian Morsi mempercepatkan piagam itu.
Menjelang pagi
semalam, dengan kebanyakan undian dikira, Parti Kebebasan dan Keadilan pimpinan
Morsi berkata di laman webnya bahawa 56.6 peratus mengundi menyokong
Perlembagaan dalam pungutan suara yang diadakan secara tergesa-gesa itu, secara
kasar sama dengan jumlah yang dilaporkan media Mesir.
Undian Kedua Sabtu Depan
Undian pusingan
kedua diadakan Sabtu depan, dan selepas itu keputusan rasmi akan diketahui. Gabungan
pembangkang utama, Barisan Penyelamat Kebangsaan, selepas undian ditutup malam
kelmarin mengumumkan hampir dua pertiga pengundi menolak Perlembagaan yang
dirangka majlis dikuasai golongan Islam.
Namun salah satu
kumpulan utama gabungan itu, Popular Current, melaporkan dalam laman Facebook
rasmi pagi semalam anggaran 56 pengundi meluluskan piagam itu, dengan pengiraan
hampir tamat.
Keganasan antara
penyokong dan penentang piagam itu berlaku di dua bandar raya terbesar Mesir,
Kaherah dan Iskandariah, dalam masa 48 jam, dengan polis menangkis serangan
golongan Islam ke atas ibu pejabat parti Wafd yang liberal di Kaherah malam
kelmarin.
Menurut
keputusan awal, majoriti mengundi menentang piagam itu di ibu negara, kubu kuat
pembangkang.
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment