KUALA LUMPUR, 23
Dis - Rancangan Putrajaya untuk mengimport guru bahasa Inggeris dari India
kelihatan ditentang oleh para pendidik yang meragui idea dari kerajaan untuk
membantu pelajar menguasai bahasa tersebut.
Guru bahasa
Inggeris tempatan dan kumpulan reformasi pendidikan ketika dihubungi The
Malaysian Insider merasa gusar dengan apa yang mereka sifatkan sebagai
“penyelesaian jangka pendek”, yang tidak akan membantu kelas berbilang kaum
untuk mempelajarinya, kerana penggunaan loghat yang berbeza.
“Saya ingin
bertanya, kenapa kita perlukan orang asing mengajar rakyat Malaysia?” kata
Khairun Nisa yang mengajar bahasa tersebut di sebuah sekolah di Manjung, Perak.
Guru yang
berusia 27 tahun itu berkata dakwaan kerajaan mengenai kekurangan guru bahasa
Inggeris adalah mitos dan tidak masuk akal.
Beliau berkata,
tenaga pengajar di negara ini adalah cukup mengikut standard yang dimahukan
oleh Kementerian Pelajaran.
“Apa yang cuba
kita capai? Untuk peringkat mana kita mahu pelajar kita untuk pergi?” katanya
lagi.
“Guru tidak
dipindahkan keluar dari daerah saya sendiri, tidakkah ini menunjukkan guru
bahasa Inggeris mencukupi?” katanya, sambil menerangkan karenah birokrasi perlu
dipersalahkan dari masalah kekurangan guru dalam bahasa tersebut.
0 comments:
Post a Comment