KOTA BHARU: Tiga selebriti terkenal
tanah air termasuk pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih, Meyda Safira dari
Inodonesia akan menjayakan Bicara Selebriti ke-7 malam ini.
Dua orang lagi ialah Ustaz Azhar
Idrus, pakar motivasi anak muda dan pelakon Heliza Helmi yang bakal
dimoderatorkan oleh Amin Idris.
Buat julung kalinya program
selebriti, ia diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, berbanding sebelum ini
di Balai Islam, KTC dan KB Mall.
Sempena kunjungan selebriti ini,
mereka sempat mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob di JKR 10,
petang tadi.
Tuan Guru melahirkan rasa syukur
kerana golongan artis semakin ramai mendekati Islam.
Pada masa yang sama juga beliau
bersyukur kerana menerima undangan kerajaan Kelantan untuk menghadiri program
berbentuk ilmu untuk dikongsi bersama.
“Jadi pada malam ini saya menyeru
pada semua supaya datang beramai-ramai, kita buat di stadium malam ni,” ujarnya
bernada ceria.
Sementara itu, Meyda melahirkan
rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk hadir di Kelantan yang juga
merupakan kunjungan pertama ke negara ini.
Baginya jemputan itu suatu yang
mengejutkan kerana tidak dijangkakan akan menerima undangan yang sama
sebagaimana sahabat yang lain sebelum ini.
“Alhamdulillah,
saya bersyukur bangat, terima kasih kerana sudi mengundang saya,” ujarnya
ketika ditemui selepas sesi pertemuan dengan Tuan Guru.
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment