Interbase
Resources Sdn Bhd atau Lelong.my, menyasar peningkatan urus niaga jualan
menerusi laman webnya tahun depan kepada RM500 juta daripada purata tahunan
antara RM200 juta hingga RM250 juta kini.
Pengarah
Urusannya Richard Tan, (gambar) berkata syarikat itu yakin dapat mencapai
sasaran itu menerusi kerjasama barunya dengan Telekom Malaysia Bhd (TM).
Kerjasama itu
membabitkan gabungan terbarunya, Web Store Lelong.my, yang ditampilkan dalam
aplikasi MarketingTools TM.
Ia disasarkan
untuk penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di kalangan perusahaan kecil
dan sederhana (PKS) dalam operasi perniagaan mereka.
“Penggunaan
e-dagang berkembang dengan pesat dalam tempoh dua tahun lalu apabila kaji
selidik oleh Paypal baru-baru ini menyasar nilai e-dagang sebanyak RM1.9 bilion
pada 2011 meningkat kepada RM3.5 bilion pada 2015 bagi Malaysia.
Semua perniagaan
“Ia bukan lagi
satu pilihan, ia adalah suatu yang perlu ada bagi semua perniagaan, sama ada
kecil atau besar,” katanya kepada media selepas majlis pemeterian dengan TM di
Kuala Lumpur, semalam.
Katanya, kini,
Lelong.my mempunyai kira-kira 10,000 penjual aktif dan menyasar meningkatkan
bilangan ini sebanyak 5,000 penjual baru dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Naib Presiden
Eksekutif TM bagi PKS, Azizi A Hadi, berkata Web Store Lelong.my adalah yang
ketiga ditampilkan dalam MarketingTools TM selepas Infoblast dan SME Priority
Listing oleh Internet Yellow Pages.
“MarketingTools,
yang dilancarkan pada Mei tahun ini, berjaya menarik lebih 2,000 pengguna PKS
dan dengan kerjasama baharu ini, kami menyasar mendapatkan 5,000 PKS baru dalam
aplikasi ini dalam tempoh 12 bulan akan datang,” katanya.
Web Store
Lelong.my menyediakan penyelesaian e-dagang standard antarabangsa berkuasa yang
membantu perniagaan meningkat ke paras seterusnya tanpa sebarang perkakasan
atau pengetahuan teknikal.
0 comments:
Post a Comment