KUALA LUMPUR: Ketua Kesatuan Ulama Syria Sheikh Dr Ali
As Sobuni mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS tengah hari tadi.
Sheikh As Sobuni, 88, sudah 35 tahun hidup dalam
buangan di luar negara akibat hukuman rejim Hafiz Asaad ke atas beliau.
Pengarang kepada puluhan kitab tafsir dan hadis ini
menjadi rujukan kepada ilmuan-ilmuan Islam seluruh dunia sejak puluhan tahun
yang lalu.
Dalam pertemuan tersebut, Sheikh As Sobuni turut
berkongsi pandangan terhadap konflik di Syria yang telah pun membunuh ribuan
rakyat negara itu.
Mereka bersama-sama bersetuju Presiden Basyar Asaad
mesti berundur dan bertanggungjawab terhadap apa yang melanda Syria hari ini.
Dalam masa yang sama mereka sependapat bahawa perlu
kebijaksanaan dalam isu Syria khususnya dalam mendepani campur tangan
kuasa-kuasa luar yang berkepentingan.
Sheikh As Sobuni juga menyampaikan penghargaan dan
terima kasih rakyat Syria kepada PAS yang mengambil berat dan menghantar
bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa kekejaman.
Sehingga hari ini PAS sudah menghantar lebih dari lima
kali bantuan dan rombongan kemanusiaan ke Syria, bagi membantu rakyat negara
itu yang ditindas ekoran konflik ini.
Sheikh As Sobuni sedang dalam rangka lawatan ke
Malaysia dan Indonesia.
Turut serta dalam pertemuan itu, Setiausaha Agung PAS
Datuk Mustafa Ali, dan penolongnya Dr Syed Azman Syed Nawawi serta Setiausaha
Akhbar Presiden PAS Mohd Nasaie Ismail.
0 comments:
Post a Comment