KUALA LUMPUR 19
Dis - Seorang remaja berumur 18 tahun dirogol ketika dalam perjalanan pulang
dari tempat kerjanya di sebuah pusat membeli-belah Wangsa Maju, di sini, malam
kelmarin.
Dalam kejadian
jam 10.15 malam itu, mangsa seorang diri berjalan kaki menuju ke stesen transit
aliran ringan (LRT) Sri Rampai sebelum seorang lelaki berumur lingkungan 20-an
tidak dikenali menekup muka mangsa dari belakang sebelum menariknya ke dalam
semak berhampiran.
Timbalan Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa
berkata, kejadian berlaku terlalu pantas apabila suspek bertindak mengangkat
mangsa yang meronta-ronta, ke bahagian tengah semak tanpa disedari orang ramai
yang berada tidak jauh dari lokasi.
Menurutnya,
suspek seterusnya bertindak merogol mangsa dan beredar sambil berpesan supaya
mereka bertemu lagi keesokan harinya (semalam) hingga mengakibatkan trauma
kepada remaja tersebut.
“Mangsa ditemui
anggota Polis Bantuan stesen LRT dan kemudiannya diserahkan kepada sepasukan
anggota dan pegawai dari Balai Polis Wangsa Maju. Hasil pemeriksaan pihak
hospital mengesahkan mangsa dirogol, namun mangsa tidak mengalami kecederaan di
bahagian lain.
“Lelaki
berkenaan sebelum itu didakwa sering kelihatan berkeliaran di sekitar kawasan
tersebut,” katanya.
Beliau berkata,
orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek yang didapati berada dalam
keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan diminta memaklumkan segera kepada
polis.
“Suspek
dipercayai berbangsa Melayu, berbadan gempal dan berambut kerinting serta
ketinggiannya lima kaki empat inci.
“Kes disiasat di
bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.
Sementara itu,
Sinar Harian difahamkan, polis tidak menolak kemungkinan suspek terlibat
merupakan penduduk di kawasan berhampiran dan merupakan seorang lelaki yang
dikategorikan sebagai gila seks.
Lelaki berkenaan
juga dikatakan suspek sama ditahan 18 September lalu kerana dilaporkan
menunjukkan kemaluan ketika memberhentikan kereta bersebelahan wanita dalam
perjalanan ke stesen LRT berkenaan.
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment