KOTA MARUDU:
Polis menahan seorang lelaki warga Pakistan bagi membantu siasatan berhubung
kes kematian gadis sekolah menengah di Kampung Ranau, di sini tempoh hari.
Pemangku Ketua
Polis Kota Marudu, Asisten Superitendan Kamarudin Sulaiman berkata suspek
berusia 40an ditahan di sebuah bangunan berhampiran pekan berkenaan kira-kira
jam 10 pagi kelmarin.
Beliau berkata,
kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan atas kesalahan
cubaan membunuh dan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat agar
tampil membantu siasatan kes.
“Kita masih
siasat punca kematian mangsa yang ditemui terbaring tepi jalan berhampiran
Kampung Ranau yang terletak kira-kira dua kilometer dari Pekan Kota Marudu,”
katanya.
Terdahulu, gadis
yang merupakan pelajar sekolah menengah tingkatan empat itu, Norikoh Saliwa,16,
berbangsa Dusun dan berasal daripada Kampung Bombong 1 itu ditemui sekitar jam
12.40 tengah hari pada Ahad lepas itu.
Turut difahamkan
terdapat kesan kecederaan di bahagian kepala mangsa dan mayat gadis berkenaan
telah dihantar ke Hospital Kota Marudu untuk proses bedah siasat.
:: Malaysia masih aman kata Pak Menteri
RSS Feed
Twitter
Facebook
0 comments:
Post a Comment